Polis minta Wan Azizah jawab empat soalan berkaitan buku Tommy Thomas - Utusan Malaysia

Polis minta Wan Azizah jawab empat soalan berkaitan buku Tommy Thomas

WAN Azizah Wan Ismail menjawab pertanyaan media selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selesai memberi keterangan berkaitan buku Tan Sri Tommy Thomas; My Story: Justice in the Wilderness”.

Ahli Parlimen Pandan itu dilihat keluar dari di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 4.25 petang.

Beliau berkata, pihaknya memberi kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung isu tersebut. 

“Saya menerima mesej daripada polis bahawa saya perlu menjawab empat soalan mengenai nama saya di dalam buku Tommy Thomas dan saya telah menjawabnya. 

“Ia berkaitan pendapat Tommy dalam buku, namun, saya tidak boleh kata apa-apa, itu pendapat dia (Tommy) jadi saya jawab fakta sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. 

Sementara itu, peguam Dr. Wan Azizah, William Leong berkata, tujuan proses rakam percakapan berkaitan kandungan buku tersebut.

Terdahulu, Dr. Wan Azizah tiba di Bukit Aman pada pukul 3.25 petang menaiki Toyota Vellfire. 

Turut kelihatan anaknya, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar,

Antara wakil rakyat dilihat hadir bersolidariti  ialah Ahli Parlimen Petaling  Jaya,Maria Chin Abdullah,Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew.

Terdahulu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan  mengesahkan  Wan Azizah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan ke atas buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang ditulis Tommy Thomas.

Sebelum ini, media melaporkan pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tommy dalam bukunya itu, mengadakan mesyuarat pertama di ibu negara, pada 23 Disember lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dipetik berkata pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat  siasatan awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku itu termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.

Menerusi tulisannya juga,Tommy mendakwa bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad campur tangan dan berkeras ingin menjadi Perdana Menteri sementara selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan Wan Azizah menyandang jawatan itu.

Tommy menerbitkan buku berkenaan pada awal tahun tahun lalu, namun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana didakwa mengandungi unsur hasutan, penghinaan serta fitnah.

Berikutan itu, polis menerima lebih 100 laporan terhadap Tommy berhubung penerbitan buku berkenaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya