Nurul Izzah desak hentikan ugutan politik - Utusan Malaysia

Nurul Izzah desak hentikan ugutan politik

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mendesak barisan Kabinet terutamanya Menteri Dalam Negeri menghentikan intimidasi atau ugutan politik selain memberi fokus terhadap isu melibatkan rakyat.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh bertolak ansur dengan intimidasi politik dengan kira-kira 40 ahli Parlimen pembangkang dipanggil polis melibatkan pelbagai siasatan.

“Ini jelas intimadisi politik dengan guna penggunaan aset negara iaitu polis yang sepatutnya mendahulukan masalah rakyat,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Bukit Aman semalam. 

Bagaimanapun, Nurul Izzah berkata, pihaknya menghormati anggota polis yang perlu menjalankan tugas.

“Kita faham, namun, mahu tidak mahu pihak mengeluarkan arahan perlu bertanggungjawab.

Lebih-lebih lagi melibatkan buku serta siasatan terhadap bekas Peguam Negara (Tan Sri Tommy Thomas),” ujarnya.

Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selesai memberi keterangan berkaitan buku Thomas, My Story: Justice in the Wilderness.

Beliau berkata, pihaknya memberi kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung isu tersebut. 

“Saya menerima mesej daripada polis bahawa saya perlu menjawab empat soalan mengenai nama saya di dalam buku Tommy Thomas dan saya telah menjawabnya. 

“Ia berkaitan pendapat Tommy dalam buku, namun saya tidak boleh kata apa-apa, itu pendapat dia (Tommy) jadi saya jawab fakta sahaja,” katanya.

Antara yang dilihat hadir bersolidariti  ialah Ahli Parlimen Petaling  Jaya,Maria Chin Abdullah,Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya