UMNO nafi ‘Abang Long’ dalam MN  - Utusan Malaysia

UMNO nafi ‘Abang Long’ dalam MN 

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) (dari kiri) Fauziah Roowah, Zaida Hartini Abdul Rashid dan Maliessa Jaafar menunjukkan jari yang dikenakan dakwat kekal selepas selesai mengundi pada Hari Mengundi Awal bagi anggota polis dan tentera sempena Pilihan Raya Negeri Melaka di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka 16 November. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO menafikan parti itu mengamalkan sikap seperti ‘Abang Long’ dengan kerjasamanya bersama Pas dalam Muafakat Nasional (MN). 

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu tidak bersikap sebegitu kerana UMNO sebenarnya telah menghulurkan salam permuafakatan kepada parti Pas. 

“Sehubungan itu, kerjasama yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO adalah dalam bentuk MN, UMNO tidak bersikap seperti Abang Long, kami sebenarnya telah menghulurkan salam permuafakatan kepada parti Pas,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Twitternya, hari ini. 

Rakaman video penjelasan Ahmad Maslan menerusi Twitter

Menurut ahli Parlimen Pontian itu, kenyataan media bertarikh 28 Oktober lalu selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO jelas menyebut bahawa mesyuarat memutuskan untuk meneruskan kefahaman dengan Pas selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan MN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. 

Katanya, asas pemahaman dengan Pas berpandukan kepada prinsip bahawa Pas menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk MN dalam mesyuarat pada 19 Oktober hingga 18 November tahun lalu. 

“Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya. 

“Namun, Jawatankuasa Pas Pusat telah buat keputusan untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional dan bukan lambang mereka sendiri. 

“Sehubungan itu, kerjasama yang diputuskan oleh MKT UMNO adalah dalam bentuk MN, UMNO tidak bersikap seperti Abang Long, kami sebenarnya telah menghulurkan salam permuafakatan kepada parti Pas,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya