Sulaiman sah calon Ketua Menteri, Ab. Rauf Timbalan? - Utusan Malaysia

Sulaiman sah calon Ketua Menteri, Ab. Rauf Timbalan?

MOHAMAD Hasan (tengah) diiringi Sulaiman Md. Ali (kanan) bergambar bersama buku Manifesto BN di Seri Chendana Ballroom & Cafe, Taman Botanikal Melaka. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dinamakan sebagai calon tunggal Ketua Menteri Melaka Ke-13 Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Sulaiman layak untuk terus menerajui Melaka berikutan rekod bersihnya sepanjang mentadbir negeri ini.

Ketika ditanya adakah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof akan diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri ataupun exco, Mohamad menjelaskan, ia bergantung kepada situasi semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita punyai Ketua Menteri designated Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai incumbent (penyandang jawatan), maka beliaulah yang akan menerajui pentadbiran negeri Melaka.

“Kita harap supaya dengan pentadbiran beliau yang diterima oleh ramai, mana-mana kita pergi di Melaka ini, Sulaiman tidak ada apa-apa isu.

“Itu terpulang keadaan, yang pentingnya siapa Ketua Menteri, dia (Ab. Rauf) nak jadi ADUN biasa pun boleh, dia nak tidak ada apa-apa pun boleh,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Manifesto BN di Taman Botanikal di sini hari ini.

Dalam pada itu, usaha mengatasi banjir adalah antara kandungan manifesto BN bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mohamad berkata, BN akan terus menjayakan pembangunan mapan dan perkongsian kemakmuran bersama rakyat sebagai agenda kelima manifesto parti itu.

Justeru, kata beliau, pihaknya telah mengenal pasti projek-projek pembangunan berimpak tinggi selain menyediakan utiliti dan kemudahan berkualiti kepada rakyat.

“BN telah mengenal pasti projek-projek pembangunan berimpak tinggi yang dijajarkan bersekali dengan keperluan untuk menyediakan utiliti dan kemudahan awam yang berkualiti, sehinggalah kepada usaha-usaha mengatasi banjir serta melestarikan alam sekitar di Melaka,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×