ALOR GAJAH: Rekod sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah sejak 2018 menjadi sandaran calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau berkata, semua calon yang bertanding berpeluang untuk menang, meskipun Tanjung Bidara adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN). “Dalam mana-mana pertandingan, semua pihak ada peluang untuk menang. Terpulang kepada para pengundi bagaimana untuk menilai rekod perkhidmatan saya…










