PN hargai wanita- Mas Ermieyati - Utusan Malaysia

PN hargai wanita- Mas Ermieyati

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Mas Ermieyati Samsudin mendakwa pengumumannya sebagai calon Ketua Menteri Melaka Perikatan Nasional (PN) jika memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka sebagai menghargai peranan wanita untuk mentadbir kerajaan negeri.

Malah, pengumuman itu tidak lewat sebaliknya merupakan strategi PN untuk memenangi pilihan raya.

Calon Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara itu berkata, strategi sebegitu sudah semestinya adalah bagi memenangkan parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah sebahagian daripada strategi dan saya percaya ada sebab pengumuman ini dibuat lewat, dua hari sebelum (hari mengundi).

“Saya percaya, ini adalah masanya kita sama-sama berganding bahu untuk buktikan bahawa wanita juga tidak ada mustahil dalam apa juga perkara,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman calon Ketua Menteri Melaka PN di ibu pejabat PN di sini hari ini.

Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ditanya mengenai perancangannya setelah diumum bakal memegang jawatan itu, Mas Ermieyati menjawab, ia terlalu awal bagi beliau mengemukakan rancangan pembangunannya untuk negeri Melaka.

“Terlalu awal untuk saya nyatakan, bagi saya menang dulu PRN kali ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan calon ketua menteri masing-masing jauh lebih awal dengan BN menamakan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali untuk jawatan itu manakala Adly Zahari menjadi pilihan PH.

Sabtu ini, Mas Ermieyati akan berdepan Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh dan Zainal Hassan (PH) bagi DUN Tanjung Bidara.

Mas Ermieyati  juga menganggap misi untuk memenangi PRN Melaka sebagai bukan sesuatu yang mudah.

“Saya rasa setakat ini bagus, semestinya tidak mudah bagi saya dan PN, tapi, kempen saya berjalan dengan baik dan lancar. Saya harap pengundi-pengundi dapat berikan saya peluang, ruang dan kepercayaan dan memilih saya sebagai wakil di Tanjung Bidara nanti,” kata bekas pemimpin Umno itu. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×