[PARLIMEN] BN-PN berebut kuasa, mana maruah kerajaan? - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] BN-PN berebut kuasa, mana maruah kerajaan?

MAHFUZ OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dalam keadaan Pakatan Harapan (PH) menghargai kestabilan politik menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dimeterai, keadaan dua gagasan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pula bergolak sekali gus perkara itu terus dipersoal pembangkang.

Datuk Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena) berkata, meskipun pertembungan BN-PN yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan suatu perkembangan positif dalam politik negara, namun ia juga melihat kepada kerajan yang kucar-kacir dan berlaku perebutan kuasa.

“MoU kerajaan dan PH bertujuan untuk kestabilan politik negara, inilah yang dilaungkan titah Agong untuk melihat kestabilan politik dalam negara, tetapi apa yang berlaku, kami dari PH menghargai sehingga bersedia untuk menandatangani MoU dengan kerajaann untuk wujudkan kestabilan dalam negara, tapi apa yang berlaku porak peranda dalam kerajaan.

“Saya sendiri tidak dapat pastikan kerajaan ini BN atau PN. Tapi, hakikanya kerajaan ini sedang mengalami porak poranda. Hari ini di Melaka, PRN Melaka, pertembungan di kalangan BN dan PN. Walaupun dari sudut politik bagus untuk kebaikan, tapi saya tidak melihat kenapa ini berlaku? Sedangkan di peringkat persekutuan, kita ada kerajaan BN dan PN, tiba-tiba di Melaka mereka berebut kuasa. Mana maruah? Soalnya ketika membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Malah keadaan lebih buruk lagi apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bertanding di PRN Melaka dan bertembung pula dengan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

“Ia mempelihat keadaan kerajaan ini pincang. Bukan itu sahaja, Pas dulu dengan UMNO, tetapi hari ini Ketua Dewan Ulama’ doakan tentang kehancuran UMNO,” ujarnya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN