Kedudukan Hasnol bergantung kepada keputusan siasatan polis - Utusan Malaysia

Kedudukan Hasnol bergantung kepada keputusan siasatan polis

NG SUEE LIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan ditentukan melalui hasil siasatan pihak berkuasa serta keputusan yang dibuat partinya, Parti Amanah Negara (Amanah).

Hal berkenaan dimaklumkan Speaker, Ng Suee Lim berkata, pejabatnya akan mengambil kira dua keputusan pihak tersebut sebelum membuat selanjutnya terhadap Hasnul.

“Masih terlalu awal untuk saya membuat keputusan kerana kesnya sedang disiasat pihak polis, jadi semua pihak perlu menghormati siasatan tersebut.

“Apapun, saya menzahirkan rasa simpati terhadap Hasnul kepada apa yang telah berlaku,”  katanya ketika ditemui pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) semalam.

Bagaimanapun, sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Dr. Siti Mariah dilaporkan menyangkal dakwaan partinya dipersalahkan berhubung keganasan rumah tangga yang dihadapi Hasnol.

Kata ADUN Serdang itu, Hasnol perlu bertanggungjawab dan menerima akibat sekiranya keganasan yang berlaku terhadap isterinya seperti didakwa dibuktikan oleh polis.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa polis daerah Kuala Langat sedang menyiasat Hasnol, susulan dakwaan beliau memukul bekas isterinya, Juliani Jalilah Abdullah.

Namun, memetik laporan berita sebuah portal, Hasnul mendakwa sudah lama bekas isterinya membuat laporan berhubung kes terbabit dan ia berniat jahat.  

Dalam pada itu, kata Suee Lim, persidangan DUN Selangor akan bermula 26 November ini dengan pembentangan Belanjawan Selangor 2022 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari akan membuka persidangan kali ini.

Menurutnya, tempoh persidangan dalam sesebuah hari pada kali ini akan dipanjangkan memandangkan Selangor sudah memasuki fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya