KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tetap bersama gabungan Perikatan Nasional (PN) dan tidak berfikir untuk bergerak solo selepas gagal memenangi sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tidak timbul isu parti itu akan meninggalkan PN, mengulangi sejarah Gerakan keluar daripada Barisan Nasional (BN) selepas tewas di semua kerusi Parlimen…










