Farzana tidak langgar Akta UiTM - Utusan Malaysia

Farzana tidak langgar Akta UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyertaan salah seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Farzana Hayani Mohd. Nasir sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak melanggar Akta UiTM. 

Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, pihaknya telah menyemak akta tersebut sebaik sahaja Farzana Hayani diumumkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Isnin lalu. 

ROZIAH Mohd. Janor dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis pengiktirafan Bilangan Video Patriotik Dimuat Naik Paling Banyak oleh Malaysia Book of Record di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam, Selangor semalam. – UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI

“UiTM mempunyai akta sendiri dan akta tersebut membenarkan Farzana bertanding dalam PRN Melaka. 

“Dia juga merupakan pelajar UiTM pertama yang masih belajar menjadi calon bagi sesebuah parti politik bertanding dalam pilihan raya,” katanya ringkas selepas Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Sijil Pengiktirafan The Malaysia Book Of Records di Bangunan Canselori UiTM Shah Alam, di sini, hari ini. 

Farzana Hayani, 21, mencipta sejarah baharu dalam dunia politik Malaysia apabila menjadi calon termuda yang bertanding dalam pilihan raya di negara ini. 

Graduan Diploma Komunikasi dan Media itu akan menentang tiga calon lain, Siti Faizah Abdul Azis (BN), Muhammad Jefri Safry (PN) dan Nazatul Asyraf Md. Dom (Putra) di DUN Sungai Rambai. 

Bagaimanapun, Roziah menasihati mahasiswa UiTM supaya menghabiskan pengajian mereka terlebih dahulu sebelum menerima tawaran menjadi calon mana-mana parti politik untuk bertanding dalam pilihan raya. 

Ini kerana menurutnya, mereka perlu mempunyai ilmu pengetahuan secukupnya sekiranya mereka mahu menjadi wakil rakyat.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya