Boleh kempen guna kenderaan dipasang pembesar suara - Utusan Malaysia

Boleh kempen guna kenderaan dipasang pembesar suara

ABDUL GHANI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Calon dibenarkan untuk berkempen melalui kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara pada waktu ditetapkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, calon perlu mendapatkan permit daripada polis dengan tempoh masa dan lokasi untuk berkempen tertakluk kepada permit yang diluluskan pihak berkuasa.

Beliau kemudian memberi contoh, lori dipasang pembesar suara yang melalui kawasan perumahan.

“Kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara tidak dibenarkan berhenti di sepanjang laluan dalam menyampaikan ceramah.

“Calon-calon yang bertanding masih tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Persekutuan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya