Pas tubuh jawatan kuasa induk hadapi PRN Melaka - Utusan Malaysia

Pas tubuh jawatan kuasa induk hadapi PRN Melaka

IDRIS Ahmad (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan bantuan banjir di Jalan Kuala Sepetang, Bukit Gantang hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Pas telah menubuhkan jawatankuasa induk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi merangka strategi jika PRN negeri itu diadakan.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Naib Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang akan dibantu Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat serta Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka.

Menurutnya, jawatankuasa induk itu akan merangka strategi  sekiranya PRN  dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tentang jumlah kerusi yang akan ditandingi Pas pula, ia sedang dibincangkan dengan lain parti agar kita menghadapi PRN Melaka secara bersama,” katanya,

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan untuk mangsa banjir di Sekolah Rendah Islam Bistari Darul Mulkan di Jalan Kuala Sepetang di sini hari ini.

Menurutnya, matlamat Pas dalam PRN Melaka sangat jelas iaitu untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak lagi berkuasa di negeri itu.

Menurutnya, untuk itu, Pas tidak mahu berlaku perpecahan dalam kalangan parti Perikatan Nasional (PN) jika PRN Melaka diadakan.

“Harapan Pas agar rakan-rakan parti akan turut bersama-sama dalam menghadapi PRN Melaka tanpa berpecah belah, ” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×