KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu berdiri teguh bersama Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam mendukung semua keputusan yang telah diputuskan Majlis Tertinggi (MT). Ketua Penerangannya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, kepemimpinan UMNO negeri sebulat suara menyokong pendirian parti berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus tidak mempertahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, keputusan itu selaras dengan Perlembagaan UMNO Fasal 3.3…










