PM9: Teruskan agenda kekang Covid-19 - Utusan Malaysia

PM9: Teruskan agenda kekang Covid-19

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan diharap dapat meneruskan agenda mengekang serta memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dalam satu kenyataan berkata, kemelut pelantikan Ismail Sabri yang dapat diselesaikan dalam keadaan aman itu juga diharap dapat memacu pemulihan ekonomi negara.

“Tahniah saya ucapkan kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.

“Saya yakin Perdana Menteri dapat memimpin negara ke arah Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

“Dengan berakhirnya kemelut ini, saya mengajak semua pimpinan sama ada dalam kerajaan
mahupun pembangkang supaya tetap memberi fokus terhadap usaha menangani pandemik
Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Mengulas lanjut, Hasni memberitahu, dengan berakhirnya kemelut pelantikan jawatan tertinggi negara itu, sudah tiba masanya wakil rakyat melakukan gencatan politik.

“Lakukan gencatan politik dan marilah bersama-sama membantu rakyat, khususnya di kawasan yang diwakili masing-masing,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN