SUNGAI PETANI: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Kedah mahu meletak ramai calon berketrampilan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, peluang Putra memenangi pilihan raya itu lebih cerah kerana calon daripada parti-parti lain masih bertelingkah sesama sendiri dalam beberapa perkara. “Pada PRU-15 ini, Putra mahu mengetengahkan ramai calon berwibawa dan berpengalaman untuk diketengahkan termasuk bakal mengisi jawatan…










