Guna kuasa veto ‘langgar’ keputusan MT? - Utusan Malaysia

Guna kuasa veto ‘langgar’ keputusan MT?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi didakwa menggunakan kuasa ‘veto’ selaku Presiden UMNO untuk menghalang Barisan Nasional (BN) daripada bergabung dengan Perikatan Nasional (PN).

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, perkara itu berlaku ketika mesyuarat di Janda Baik, Pahang pada malam Jumaat lalu.

Katanya, walaupun keputusan majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) parti mahu penggabungan diteruskan menerusi undian yang dibuat, namun, Ahmad Zahid didakwa menolak suara majoriti itu.

“Ahli-ahli MT bersetuju untuk bergabung dengan PN atas nama BN, makna­nya kita buat seperti yang dilakukan semasa PRN Sabah.

“BN dan PN dalam suatu gabungan yang sama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), jadi tidak ada pertembungan tiga penjuru nanti. Jika UMNO bersendirian tidak boleh menang,” katanya di sini semalam.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi PN dan BN bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) menang majoriti mudah 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sumber berkata, me­syuarat MT itu yang berlangsung agak panas turut membincangkan soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada UMNO dalam usaha mengukuhkan parti itu.

Bagaimanapun, katanya, Ahmad Zahid sekali lagi didakwa menggunakan kuasanya untuk menghalang parti menerima jawatan berkenaan.

“MT juga telah bersetuju untuk menerima jawatan itu tetapi malangnya presiden menolak semua cadangan berkenaan daripada ahli-ahli MT,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya