Bersatu baru 3 tahun, Pas sudah 60 tahun - Utusan Malaysia

Bersatu baru 3 tahun, Pas sudah 60 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas boleh bertindak sebagai pendamai dalam mencari titik kesepakatan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilihat sukar untuk berbaik antara satu sama lain.

Menjelaskan keadaan tersebut, Ahli Jawatankuasa Pas, Awang Hashim berkata, parti itu jauh lebih ‘matang’ berbanding Bersatu yang baru sahaja ditubuhkan tiga tahun dalam dunia politik, sekaligus mampu mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi Melayu Islam.

“Itu tidak menjadi masalah sebab kita yakin dan positif, Bersatu baru tiga tahun keluar daripada UMNO, dengan Pas yang sudah 60 tahun. Jika nak lihat dari segi logik akal, Pas mampu bertindak menjadi pendamai dengan hasrat untuk menyatupadukan orang Melayu Islam dan kita juga bukan kepada parti lain selain DAP.

“Ini kerana DAP terlalu fokus kepada ideologi perjuangan sendiri tanpa meraikan masyarakat majmuk,” katanya ketika dihubungi.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan perbinca­ngan mengenai isu pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas telah dibuat, tetapi belum ada keputusan muktamad yang dicapai antara kedua-dua parti itu.

Dalam perbincangan itu juga, sumber mendedahkan yang Pas cuba ‘memujuk’ UMNO supaya berdamai dan membuat perbincangan de­ngan Bersatu.

Mengulas lanjut, Awang ber­­kata, setakat ini hasil per­bincangan UMNO dan Pas mengenai pembahagian kerusi belum diputuskan dalam me­syuarat jawatan kuasa Pas.

“Kita di peringkat jawatan­kuasa Pas belum lagi me­nga­da­kan mesyuarat, jadi perkara itu belum dibincangkan. Cuma saya yakin akan ada satu keputusan yang positif akan dihasilkan daripada situ. Kita dan UMNO tiada masalah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya