Cari persamaan bukan perbezaan - Razlan - Utusan Malaysia

Cari persamaan bukan perbezaan – Razlan

RAZLAN RAFII
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para pemimpin politik perlu bertindak matang dengan mencari persamaan dan mengetepikan perbezaan supaya kerajaan Melayu terus dikekalkan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii berkata, permohonan maaf yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran kesilapan yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) parti itu di Perak ada maksudnya tersendiri.

Katanya, ada perkara yang menjadi rahsia dari pengetahuan umum yang tidak boleh diceritakan.

“Ramai yang berkata politik era baru. Ramai juga yang tak faham maksud sebenar bila berkata politik era baru, yang pelik, orang yang berkata itu sendiri tak faham apa yang diungkapkan.

“Saya melihat sendiri peristiwa bagaimana dua parti orang Melayu bergaduh dan memaki hamun sesama sendiri, sukar untuk mencari titik pertemuan sehingga 60 tahun Pas dan UMNO bermusuh. Apabila BN jatuh, dan di hina Melayu, barulah jelas penemuan titik persamaan itu.

“Di pentas-pentas ceramah Muafakat Nasional menyaksikan pemimpin Pas memohon maaf, Pemimpin UMNO memohon maaf, kerana apa mereka bermaafan, adakah mereka menyedari kesalahan mereka? Adakah mereka melakukan kesalahan ? Tiada jawapan, ia datang kerana perasaan bersalah diantara sesama sendiri, dan sering kali perkataan maaf ini di sambut dengan gelak ketawa dan senyuman penyatuan oleh hadirin yang mendengar, baik dari Pas dan juga UMNO.

“Itulah indahnya sikap orang Melayu, kita akan memaafkan kesalahan sekira ada permohonan maaf diutarakan.

“Permohonan maaf oleh Presiden UMNO terhadap kekhilafan Adun-adun juga ada maksudnya tersendiri, ada ramai yang menyokong tidak kurang juga yang membangkang, maaf bermaafan itu sikap yang mulia,” katanya dalam kenyataan maklam ini.

Katanyam apa yang paling penting adalah kemenangan ummah, kerajaan Melayu Perak terus dikekalkan dan kebijaksanaan pemimpin UMNO, Pas dan Bersatudalam merealisasikan acuan mencari keikhlasan dalam pentadbiran.

“Usahlah kita menggunakan sifir yang biasa kita gunakan dalam politik lama, ini politik baru, kemenangan yang kita perlu raikan adalah keterbukaan kepimpinan kita sebagai khalifah setiap parti itu dapat duduk semeja mencari jalan penyatuan.

“Politik era baru ini memerlukan pengorbanan, memerlukan kaedah lebih kurang, memerlukan keputusan yang berani dan memerlukan kematangan yang lain dari sebelum ini.

“Sudah-sudahlah mencari kesalahan, lebihkan mencari kesamaan, itulah politik baru,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.