UMNO tak bincang isu Anwar bentuk kerajaan - Utusan Malaysia

UMNO tak bincang isu Anwar bentuk kerajaan

SHAHRIL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang perbincangan dibuat mengenai pembentukan kerajaan baharu yang ingin dibentuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menegaskan perkara itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, sebaliknya parti itu hanya menumpukan pada jalan penyelesaian bagi mengurangkan kadar kes Covid-19 yang kian menular.

“Tak ada sebarang perbincangan pun mengenai perkara itu, kita memang tak bercakap tentang peralihan kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenya­taan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang menjelaskan Anwar mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan bagi membentuk kerajaan baharu.

Katanya lagi, senarai nama tersebut sudah sampai ke pihak istana dan hanya menunggu perkenan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghadap.

Bagaimanapun Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul sebelum ini berkata, hanya Anwar seorang yang tahu mengenai senarai nama ahli Parlimen yang menyokong kerajaan baharu itu dan perkara tersebut tidak didedahkan langsung kepada mana-mana individu termasuk Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang lain.

“Saya tiada keutamaan untuk tahu tentang perkara itu, kita cuma tunggu masa saja, istana kata okay sahaja, kita akan menghadap,” katanya.

Anwar sebelum ini mendakwa, kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan

Jelasnya, kerajaan baharu yang akan dibentuknya itu adalah gabungan ahli Parlimen da­ripada pelbagai parti termasuk UMNO, namun tidak menyebut jumlah majoriti yang diperoleh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN