GEORGETOWN: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diyakini kekal mentadbir kerajaan Persekutuan sama ada ketika tempoh darurat jika perintah itu dilaksanakan atau selepas tempoh berkenaan tamat. Dr Sivamurugan Pandian Pakar sosiolgi politik, Prof. Dr. P. Sivamurugan berkata, ini kerana keutamaan perintah darurat itu adalah untuk menyelesaikan isu kesihatan iaitu mengekang pandemik Covid-19. Beliau yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pelaksanaan darurat juga dilihat sebagai alternatif…










