DAP mahu moratorium automatik untuk rakyat - Utusan Malaysia

DAP mahu moratorium automatik untuk rakyat

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: DAP mahu kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman bank secara automatik selama enam bulan lagi.

Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng berkata, semua ahli parti itu sedia bekerjasama dengan semua parti untuk menggesa kerajaan memanjangkan tempoh moratorium.

“DAP bersedia bekerjasama dengan semua parti politik untuk menekan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memanjangkan moratorium pinjaman bank secara automatik enam bulan lagi bagi membantu menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan yang terjejas ekoran lonjakan jangkitan COVID-19, baru-baru ini.

“Tan Sri Muhyiddin mendakwa penyambungan moratorium membantu lebih daripada 1.4 juta peminjam. Namun, jumlah peminjam ini masih jauh lebih rendah daripada lapan juta peminjam perseorangan dan korporat yang mendapat penangguhan 6 bulan automatik moratorium pinjaman bank,” katanya dalam kenyataan media.

Dalam kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu, beliau berkata, kerajaan gagal membantu rakyat apabila memilih tidak melanjutkan moratorium.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengecewakan banyak rakyat Malaysia dengan gagal memanjangkan moratorium pinjaman bank secara automatik selama enam bulan lagi ketika menyampaikan bantuan kewangan Kita Prihatin tambahan RM10 bilion bulan lalu.

“Gelombang ketiga jangkitan Covid-19 membantutkan pemulihan ekonomi yang baru berlaku, terutama dalam kalangan perniagaan kecil dan memerlukan langkah ekonomi dan kewangan segera untuk mencegah penurunan ekonomi yang lain pada suku akhir tahun ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya