Anwar dakwa kerajaan Muhyiddin tumbang - Utusan Malaysia

Anwar dakwa kerajaan Muhyiddin tumbang

ANWAR Ibrahim bersama Dr. Wan Azizah tiba untuk sidang akhbar khas di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas memperolehi majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.

Jelasnya dalam sidang media sebentar tadi, kerajaan baharu itu adalah gabungan ahli Parlimen daripada pelbagai parti, namun tidak menyebut berapakah jumlah majoriti yang diperolehi.

“Rakyat Malaysia berhak dapat kerajaan yang kukuh dengan kepimpinan cekap dan yakin. Untuk urus ekonomi dengan kebijaksanaan dan tuntas. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua selamatkan negara dari kemelesetan ekonomi.

“Saya telah mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan daripada ahli parlimen untuk saya persembahan kepada Yang di-Pertuan Agong. Dan ingin saya menyatakan di sini majoriti dan sokongan itu dalam kalangan Melayu dan Islam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jelasnya lagi, Anwar sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada semalam jam 11 pagi.

Namun pertemuan tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan baginda yang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

“Sokongan itu adalah kukuh dan meyakinkan, lebih daripada majoriti kecil 5, 10. Mengapa saya tak nak sebut sekarang? sebab saya letakkan penghormatan kepada Agong yang sepatutnya perkara terperinci perlu dimaklumkan kepada Agong terlebih dulu.

“Ini bermakna kerajaan Tan Sri Muhyiddin dengan jumlah ini jatuh sebagai Perdana Menteri. Saya persilakan untuk kerjasama dengan beliau. Kesediaan kita untuk bekerjasama dalam peralihan itu di harap akan dibuat secara aman dan teratur.

“Kalau bersedia, dia boleh bersedia dengan kedudukan yang sesuai,” katanya lagi.

Ditanya pula adakah Tun Mahathir Mohamad akan bersama dengan beliau dalam gabungan pemerintahan baharu ini, jelas Anwar tidak untuk waktu sekarang ini.

“Tidak, saya tak tahu kalau dalam masa akan datang,” ujarnya.

Anwar dalam masa yang sama turut mengesahkan dalam sokongan tersebut turut melibatkan ahli parlimen UMNO namun enggan menyebut secara jelas dan terperinci.

“Ada ahli parlimen dari pelbagai parti dan saya fikir untuk saya umumkan ini biar mereka menyusul dengan pandangan mereka.

“Pentadbiran ini pasti wakili semua rakyat. Majoriti Melayu bumputera dan perwakilan dari semua kaum di negara kita,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya