Warisan pertaruh 40 peratus calon muda - Utusan Malaysia

Warisan pertaruh 40 peratus calon muda

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Parti Warisan Sabah (Warisan) dijangka mempertaruhkan 40 peratus calon muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, cadangan tersebut akan diteliti termasuk menampilkan calon daripada kalangan belia.

“Kita akan lihat cadangan ini kerana dalam Warisan sendiri memang ada yang muda-muda seperti Ginger Phoong Jin Zhe; Junz Wong; dan Datuk Darrel Leiking.

“Lagipun kita dalam Warisan ini sudah lama dan antara parti dalam Malaysia yang mempunyai penyertaan orang-orang muda,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, Warisan masih menunggu keputusan daripada parti komponen lain termasuk DAP dan PKR bagi menggunakan satu logo.

“Kita serahkan kepada parti yang ada. Tidak boleh paksa mereka, lagipun ada satu sahaja calon Ketua Menteri.

“Tapi mungkin parti yang ada tak mahu ada kekeliruan.Parti Amanah Negara (Amanah) setakat ini sudah bersetuju dan masih tunggu keputusan parti lain.Saya akan mengadakan perbicangan nanti,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya