Takkan nak biar bukan bumiputera bersendirian? - Saifuddin - Utusan Malaysia

Takkan nak biar bukan bumiputera bersendirian? – Saifuddin

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Langkah membuka penyertaan golongan bukan Melayu dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menunjukkan serpihan PKR daripada kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diterima baik parti berkenaan.

Bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, PKR yang terdiri daripada kemajmukan bangsa memainkan peranan sangat penting dalam aspek mengukuhkan parti itu.

Jelasnya, kesediaan Bersatu memberi galakan kepada golongan bukan Bumiputera untuk menyertai parti itu perlu disokong bagi menyuntik elemen kekuatan dalam Muafakat Nasional (MN), walaupun dasar penubuhan Bersatu adalah mengukuhkan kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini.  

“Saya sangat berterima kasih kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengumumkan sudah ada jawatankuasa dipengerusikan oleh Tan Sri Rais Yatim yang melihat kemungkinan perlu ada Perlembagaan Bersatu bagi membolehkan keanggotaan diterima secara aktif oleh ahli bukan bumiputera.

“Pada saya, ini adalah perkara mustahak, tentu kita harus meraikan anggota kami iaitu kumpulan yang keluar PKR (termasuk bukan Melayu) tidak akan biar bersendirian. Kedua, ini juga akan suntik kekuatan baharu MN supaya ada kepelbagaian, ada parti bersifat dominan satu kaum, (kalau jadi) ada pula parti terdiri daripada campuran keanggotaan,” katanya selepas merasmikan Mydronex di Futurise, Cyberjaya dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri dan CEO Futurise, Mahadhir Aziz.  

Semalam, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Hamzah Zainuddin memaklumkan parti itu mensasarkan penyertaan sejuta ahli dengan memperincikan kedudukan anggota bersekutu dalam parti tersebut.

Muhyiddin sebelum ini pula memaklumkan partinya dijangka menubuhkan sayap baharu golongan bukan Melayu dan bersedia meminda Perlembagaan parti itu bagi membentuk sayap tersebut dengan memberi peluang kepada kaum lain memegang jawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya