Mary Josephine mahu kembali kepada DAP - Utusan Malaysia

Mary Josephine mahu kembali kepada DAP

MARY JOSEPHINE PRITAM SINGH menunjukkan surat peletakkan jawatannya ketika sidang akhbar di pejabatnya di Seremban hari ini- UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine Pritam Singh yang meletakkan jawatan sebagai ahli DAP pada 10 Julai lalu, kembali kepada parti tersebut hari ini.

Mary Josepehine berkata, keputusannya mahu kembali kepada DAP adalah lebih didorong kepada perasaan sayang kepada apa yang telah dilaluinya selama 46 tahun bersama parti itu.

“Sangat perit untuk saya tinggalkan DAP tetapi lebih perit untuk saya tinggalkan sesuatu yang saya sayang iaitu segala perjalanan yang saya lalui selama 46 tahun ini,”

“Saya telah bertemu dengan Anthony (Loke Siew Fook) dan saya beritahu dia, ia amat menyakitkan, saya mahu kembali,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Ahli Parlimen Seremban, hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Organisasi DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pada 10 Julai lalu, Mary Josephine dalam sidang akhbarnya telah mengumumkan untuk keluar daripada DAP dan meletakkan semua jawatan yang disandangnya dalam parti itu. 

Namun beliau menyatakan kekal menyokong pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sebagai ADUN Bebas.

Sementara itu, Siew Fook yang juga merupakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan menjelaskan, beliau telah bertemu dengan Mary Josephine pada Jumaat lalu dan ADUN Rahang itu telah bersetuju untuk menarik balik peletakan jawatannya sebelum ini.

“Pengumuman hari ini adalah supaya tidak berlaku kesangsian di pihak orang ramai bahawa ADUN Rahang telah tinggalkan DAP. Saya mempunyai keyakinan beliau tidak akan menyokong pihak lawan kerana kita tahu ada ura-ura pihak Barisan Nasional (BN) mahu menarik penyertaan ADUN Rahang.

“Satu mesej yang sangat kuat daripada episod ini ialah DAP Negeri Sembilan akan memainkan peranan untuk memperkukuhkan kerajaan PH Negeri Sembilan, kita tidak akan sesekali memberikan kesan negatif kepada kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, ternyata gembira dengan keputusan Mary Josephine untuk kembali bersama DAP.

“Kehadiran saya hari ini adalah sebagai tanda sokongan kepada Mary Josephine. Beliau merupakan pemimpin yang cukup bekerja keras dan dedikasi.

“Saya harap selepas ini apa juga perbezaan dan pertikaian kita dapat selesaikan menerusi saluran-saluran dalaman parti. Selamat kembali buat beliau,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya