Laporan psikiatri pelajar tikam rakan sekelas belum diperolehi

Laporan psikiatri pelajar tikam rakan sekelas belum diperolehi

Pelajar tikam rakan sekelas
PETUGAS media tidak dibenarkan memasuki pekarangan Mahkamah Majistret Telok Datok, di Banting, Kuala Langat. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan tarikh sebutan semula pada 22 September depan selepas laporan psikiatri suspek pelajar tikam rakan sekelasnya masih belum diperolehi.

Majistret Maslinda Selamat menetapkan tarikh tersebut pada prosiding yang berlangsung tanpa kehadiran tertuduh berusia 15 tahun itu.

Pada 10 Julau lalu, Utusan Malaysia melaporkan remaja perempuan yang menikam rakan sekelasnya pada Isnin lalu dekat sebuah sekolah menengah di Banting, di sini, diarahkan menjalani penilaian dan rawatan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, Telok Datok, di sini, selepas pertuduhan dibacakan ke atas pelajar terbabit pada prosiding yang bersidang sebagai Mahkamah Kanak-Kanak.

Pada 6 Julai lalu, polis dilapor menahan seorang remaja perempuan tingkatan tiga selepas didakwa menikam rakan sekelasnya di sekolah berkenaan dalam kejadian antara pukul 9.30 hingga 10 pagi.

Remaja yang menghidap autisme itu kemudian dibenarkan ditahan reman selama empat hari oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×