KUALA LUMPUR: Lapan individu termasuk dua wanita Indonesia berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar heroin seberat 357.8 gram, minggu lalu. Tertuduh-tertuduh ialah M. Puvanesvaaran, 29; R. Kalaiarasu, 30; M. Mughilan, 26; KS. Surrendran, 24; S. Satish Kumar, 30; Loke Jun Mun, 34 serta dua wanita warganegara Indonesia, Ananda, 30 dan Devi Ekaputri Karokaro, 38. Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap…











