JOHOR BAHRU: Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah ladang kelapa sawit, September tahun lalu. Lelaki berkenaan merupakan seorang daripada enam mangsa yang dibunuh dan dibakar dalam kejadian itu. Rangka kesemua mangsa ditemukan dalam rumah yang terbakar berhampiran sebuah kuil terbiar. Tertuduh R. Utes, 36, dan adiknya, R. Arasan, 32, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.…










