KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mengaku bersalah di dua mahkamah di sini hari ini, atas pertuduhan menggunakan wang palsu dan cubaan mencuri seutas gelang tangan emas, Disember lalu. Di Mahkamah Sesyen, Ahmad Faisal Mohd. Sharani, 34, mengaku bersalah melakukan suatu percubaan menggunakan 359 keping wang palsu bernilai RM50 yang mempunyai nombor siri yang sam di sebuah kedai Emas Lelong Maya, Jalan Hiliran, Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada 18 Disember 2025, kira-kira…










