KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang hasil penipuan berjumlah RM190,000. Tertuduh, Koay Boon Huat, 30, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Azrul Darus selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membenarkan akaun CIMB miliknya digunakan untuk menyembunyikan wang milik seorang pesara, Chan Mun Ying, 80, berjumlah RM190,000. Boon Huat didakwa mengetahui wang tersebut bukan…










