ALOR SETAR: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 75 kilogram (kg) pada Disember lalu. Tertuduh, Mohammad Saslizam Shaaree, 49, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Syifa Mohd. Hamzah, namun tiada pengakuan direkodkan. Tertuduh didakwa telah mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 75,000 gram di lorong RFID Tol Hutan Kampung di sini, pada pukul 5.20 pagi, 22 Disember lalu.…










