SHAH ALAM: Laporan bedah siasat pertama oleh Hospital Kota Tinggi (HKT) terhadap jenazah Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin sepatutnya diserahkan sendiri oleh pihak hospital bukan melalui pegawai penyiasat atau pihak ketiga. Peguam, Datuk Naran Singh Asa Singh yang mewakili ibu kepada pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, Ummu Haiman Bee Daulatgun berkata, beliau meneruskan permohonan mendapatkan laporan di Mahkamah Tinggi walaupun laporan tersebut sudah pun…










