Wanita Bangladesh berdepan 20 tahun penjara, didakwa potong kemaluan kekasih - Utusan Malaysia

Wanita Bangladesh berdepan 20 tahun penjara, didakwa potong kemaluan kekasih

BEGUM Masuma dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, Johor atas pertuduhan menyebabkan cedera parah ke atas seorang lelaki berusia 33 tahun. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Wanita warga Bangladesh yang ditahan kerana disyaki memotong kemaluan teman lelakinya dua minggu lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Begum Masuma, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail, memandangkan tertuduh hanya memahami sedikit daripada pertuduhan terbabit.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas seorang lelaki berusia 33 tahun.

Tertuduh didakwa menggunakan sebilah pisau iaitu satu senjata yang boleh menyebabkan kematian jika digunakan sebagai senjata salah ke atas mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah dekat kawasan setinggan belakang sebuah kilang di Gelang Patah di sini, kira-kira pukul 1 pagi pada 8 Oktober 2025.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Zuhainie Zull Kafli tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 11 November ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan perkhidmatan jurubahasa Bangladesh.

Dalam pada itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh turut didakwa tidak memiliki apa-apa pas yang sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang kepadanya untuk masuk ke negara ini.

Kesalahan itu dilakukan di pekarangan Balai Polis Gelang Patah kira-kira pukul 12.15 tengah hari tarikh sama di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN