KUALA LUMPUR: Seorang penjual daging didakwa di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan secara cuai menyebabkan kematian abang iparnya yang mayatnya ditinggalkan di tepi jalan, 300 kilometer daripada lokasi kejadian, bulan lalu. Mengikut pertuduhan, Muhamad Zaid Zakaria, 33, didakwa telah menyebabkan kematian terhadap Nor Azuar Juyob, 43, dengan perbuatan gopoh atau cuai yang tidak terjumlah pada kesalahan mematikan orang secara salah. Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 8 malam,…