Pulau Pinang harap pelaksanaan projek diperincikan

Pulau Pinang harap pelaksanaan projek diperincikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang berharap status pelaksanaan projek-projek seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 dapat diperincikan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu supaya persediaan di peringkat negeri dapat disegerakan.

Menurut Kon Yeow, antara projek utama yang diumumkan termasuk pelebaran Lebuhraya PLUS dari Tol Juru ke Tol Sungai Dua, pembinaan Klinik Kesihatan Kubang Semang serta pembangunan Kompleks Kesihatan Bersepadu di Seberang Perai Tengah.

Katanya, turut tersenarai ialah naik taraf lokasi pengambilan air mentah di Titi Kerawang dan Teluk Awak serta pemasangan paip air mentah ke Empangan Teluk Bahang bagi memperkukuh bekalan air di kawasan pulau.

“Bagi kemudahan sukan, Kompleks Sukan Bertam di Kepala Batas juga bakal dinaik taraf manakala aspek kesalinghubungan bandar akan diperkuat melalui pembinaan laluan bawah tanah yang menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma.

“Kerajaan negeri berharap perincian lanjut berhubung status dan pelaksanaan projek-projek ini dapat diberikan segera supaya persediaan di peringkat negeri dapat disegerakan,” katanya di sini.

Beliau dalam pada itu menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas pengumuman pelbagai projek dan inisiatif penting untuk negeri berkenaan.

Ia dilihat sebagai pengiktirafan terhadap keperluan negeri itu yang dilihat sejajar dengan pelan pembangunan strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

“Daripada senarai projek keutamaan yang dibentangkan oleh kerajaan negeri kepada Perdana Menteri pada sesi libat urus pada 18 Mac lalu, hampir separuh daripadanya telah dimasukkan dalam Belanjawan 2026,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×