KUALA LUMPUR: Empat individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk masing-masing didenda RM100,000 oleh dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah pertuduhan menerima dan memberi rasuah berhubung cadangan projek pembinaan Lebuh Raya MEX II. Di hadapan Hakim Rosli Ahmad, ahli perniagaan Datuk Lim Kim Hai, 50, didakwa menerima suapan berjumlah RM3.5 juta daripada bekas pengarah syarikat pembinaan, Datuk Yap Wee Leong, di sebuah syarikat perundingan, KH Lim…