GERIK: Tiga lelaki masing-masing didenda antara RM3,000 hingga RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memindahkan haiwan ternakan tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Orang Kena Saman (OKS) pertama, Mohamad Khairudin Kasim, 31, dijatuhi denda RM3,000, manakala Mohamad Rizalmi Mahadi, 31, dan Mohamad Amin Hafizul Md. Saidi, 35, masing-masing dikenakan denda RM4,000 dan RM5,500 selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Nor…










