RGT3 jadi pemangkin utama kepada nilai Petronas Gas

RGT3 di Lumut, Perak jadi pemangkin utama kepada nilai Petronas Gas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Terminal Regasifikasi yang ketiga (RGT3) di Lumut, Perak bakal menjadi pemangkin utama kepada nilai Petronas Gas Berhad (PetGas), menurut RHB Research.

Oleh itu, firma penyelidikan tersebut mengekalkan saranan ‘neutral’ dengan harga sasaran (TP) sesaham dinaikkan kepada RM19.10 berbanding RM18.90, yang juga mencerminkan potensi kenaikan sekitar 3 peratus.

RHB Research berkata, syarikat gas tersebut berkemungkinan besar bakal membangunkan RGT3 sejajar dengan petunjuk oleh pemegang saham utamanya sendiri, Petronas.

“Berita perjanjian bekalan gas asli cecair (LNG) secara jangka panjang antara Petronas dan QatarEnergy baru-baru ini sudah memberi gambaran awal mengenai pembangunan projek itu,” katanya dalam nota penyelidikan. 

Justeru, RHB Research menjangkakan penganugerahan projek RGT3 akan diumumkan oleh PetGas pada tahun ini juga bagi memenuhi sasaran pentauliahan operasinya pada 2029 hingga 2030.

“Terminal baharu itu selepas RGT1 di Sungai Udang, Melaka dan RGT2 di Pengerang, Johor bertujuan menampung permintaan yang tinggi antara 6 hingga 7 gigawatt (GW) menjelang empat tahun lagi.

“Berdasarkan andaian kapasiti 990 kaki padu gas asli (mmscfd) dan perbelanjaan modal sekitar RM3.5 bilion, RHB Research menganggarkan projek baharu itu mampu menjana kadar pulangan dalaman (IRR) yang mencecah 12 peratus.

“la sekali gus memberi kenaikan nilai sekitar 77 sen sesaham atau empat peratus kepada TP PetGas, dan kini dinilai secara adil, setelah mengambil kira kenaikan tarif purata kira-kira lima peratus,” katanya.

Peningkatan kadar tersebut itu ditetapkan oleh pihak kerajaan di bawah Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) bagi segmen regasifikasi dan pengangkutan gas, selain jangkaan kos gas yang lebih rendah.

RHB Research turut menyemak unjuran pendapatan sesaham (EPS) PetGas bagi tahun kewangan 2025 hingga tahun kewangan 2027 masing-masing kepada turun tiga peratus, naik lima peratus dan naik tujuh peratus, dengan TP ditetapkan selari rekod purata syarikat selama 10 tahun.

Bagaimanapun, ia memberi amaran risiko penurunan kekal wujud termasuk kemungkinan pelaksanaan cukai karbon dan kenaikan kos gas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN