Pembantu tadbir PKD didakwa 77 pertuduhan terima suapan, kemuka dokumen palsu

Pembantu tadbir PKD didakwa 77 pertuduhan terima suapan, kemuka dokumen palsu

SHARUDIN Ibrahim hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi berdepan pendakwaan 77 pertuduhan menerima suapan dan mengemukakan dokumen palsu berhubung pelbagai jenis perkhidmatan kesihatan sejak tahun 2022 hingga 2023. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pembantu tadbir di sebuah pejabat kesihatan daerah ini di negeri ini berdepan pendakwaan sebanyak 77 pertuduhan menerima suapan dan mengemukakan dokumen palsu di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Pertuduhan itu melibatkan pelbagai jenis perkhidmatan kesihatan bernilai lebih RM400,000 sejak tahun 2022 hingga 2023.

Perkhidmatan itu merangkumi antaranya penyewaan dan penyelenggaran komputer riba untuk kegunaan pusat pemberian vaksin, perkhidmatan sewa desktop dan penyediaan makanan dan minimum, 

Tertuduh, Sharudin Ibrahim, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim, N.Kanageswari.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fatin Nur Athirah Zainuddin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Irham Redzuan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM40,000 dengan seorang penjamin bagi 77 pertuduhan beserta syarat tambahan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 8 Disember depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN