KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan anak kandungnya menggunakan sebilah parang dalam kejadian minggu lalu. Tertuduh, K. Vejesh, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid. Mengikut pertuduhan, Vejesh didakwa dengan sengaja mencederakan anak perempuannya berusia sembilan tahun 10 bulan menggunakan sebilah parang di sebuah pangsapuri di Setapak, kira-kira pukul 1.30…










