KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir berehat seketika sebelum bersambung semula pada 7 Oktober ini. Pada tarikh tersebut, Mahkamah Koroner akan mendengar keterangan ahli kimia, Nor Aidora Saedon yang menjalankan analisis terhadap kesan dipercayai darah pada salah satu helaian kertas yang dikatakan ditulis oleh Allahyarham. Nor Aidora yang merupakan pakar forensik asid deoksiribonukleik (DNA) yang pernah memberi keterangan dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais,…