SEREMBAN: Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melepaskan satu das tembakan menggunakan senjata api tanpa sebab sah, awal bulan ini. Tertuduh, Mohd. Izzat Fitri Mohd. Hashim, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli. Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati tanpa sebab yang sah telah melepas satu das tembakan menggunakan senjata jenis Tara Aerospace TM-9C berwarna hitam. Kesalahan itu…