KANGAR: Tiga warga China dihukum penjara 28 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah rumah pada 18 Julai lalu. Tertuduh, Yin Guanghua, 50, Lin Bingde, 54, dan Luo Zhibing, 38, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didapati melakukan kesalahan pecah masuk ke rumah Ch’ng Eng Lee, 62, dengan maksud untuk mencuri…