KLANG: Dua pekerja Indonesia dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini apabila didapati bersalah memiliki minyak masak bersubsidi tanpa lesen bernilai RM55,473.60, tiga bulan lalu. Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar menjatuhkan hukuman tersebut kepada Muhammad Taufik, 32 dan Radja Nughara, 22. Mengikut fakta kes, sepasukan anggota penguatkuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis tanpa nama di…