KLUANG: Dua lelaki didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah menjadi keldai akaun bagi sindiket pemerasan berunsur seks (sextortion) secara dalam talian ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Mohammad Syafiq Azmi, 30, dan Awie Serah, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mujib Saroji. Mengikut kertas pertuduhan, Mohammad Syafiq dan Awie didakwa secara tidak langsung terbabit dalam transaksi kemasukan wang berjumlah RM3,500 dan…