KUALA TERENGGANU: Seorang majikan dan dua syarikat masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah membenarkan warga asing tanpa dokumen sah bekerja dan tinggal di premis mereka.
Tertuduh, Kamarudin Alias, 51, selaku pemilik A.D Metal Trading & Transport Sdn. Bhd. didenda RM10,000 dan turut berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Syarikat DS Ventech Sdn. Bhd. turut didenda RM10,000 manakala Tekun Concrete (M) Sdn. Bhd. pula dikenakan denda RM5,000 bagi setiap pekerja selepas mengupah dua pekerja asing tanpa pas sah. Dua lagi tertuduh, DS Ventech Sdn. Bhd. dan Tekun Concrete (M) Sdn. Bhd., tidak berdepan hukuman penjara kerana diwakili pekerja syarikat.
Hakim Nazlyza Mohamad Nazri menjatuhkan hukuman tersebut selepas ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.
Mengikut pertuduhan, DS Ventech Sdn. Bhd. didapati mengambil seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah tapak pembinaan di Telok Kalong, Chukai, Kemaman pada 2 Julai lalu. Kamarudin pula didakwa menggaji seorang lelaki warga Bangladesh yang telah tinggal lebih masa selama dua tahun dan tidak memiliki permit kerja di sebuah premis di Taman Industri Paka, Dungun.
Sementara itu, Tekun Concrete (M) Sdn. Bhd. didakwa membenarkan dua warga asing dari Bangladesh dan Pakistan tinggal di premis kilangnya di Wakaf Tapai, Marang tanpa pas sah pada 22 Jun lalu.
Kesemua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 55B(1) dan Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959163 (Akta 155), Seksyen 5SB(I) dan Seksyen 55E(1I) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), boleh dihukum di bawah Akta yang sama. – UTUSAN










