Penjawat awam direman lima hari, disyaki seleweng tanah kerajaan

Penjawat awam direman lima hari, disyaki seleweng tanah kerajaan

SEORANG penjawat awam dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu setelah direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa melibatkan beberapa permohonan tanah kerajaan. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam negeri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa melibatkan beberapa permohonan tanah kerajaan di Terengganu.

Perintah reman sehingga 18 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan sekitar pukul 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam penyelewengan tanah kerajaan negeri antara 2019 hingga 2023. Antara lain, suspek disyaki menukar pelan tanah dan mengurus beberapa permohonan berkaitan tanah kerajaan bagi tujuan kepentingan peribadi, termasuk kepada anak-anaknya,” kata sumber berkenaan.

SPRM turut menyita dua bidang tanah masing-masing seluas kira-kira 9,000 dan 6,000 kaki persegi di salah sebuah daerah di negeri ini bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×