Wanita berdepan 743 pertuduhan pengsan di kandang

Wanita berdepan 743 pertuduhan pengsan di kandang tertuduh

video seks
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang wanita pengsan di kandang tertuduh ketika pertuduhan terhadapnya sedang dibacakan oleh jurubahasa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ketika kejadian, Hakim Norma Ismail baharu selesai merekodkan pengakuan tidak bersalah tertuduh, Nora Idayu Jaafar, 48, bagi pertuduhan ke-30.

Difahamkan, bekas kakitangan unit sokongan komersial jabatan perniagaan sebuah syarikat penyiaran itu menghadapi 743 pertuduhan mengikut Seksyen 5 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Baki 713 pertuduhan akan dibacakan pada 26 Jun ini.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-30, Nora Idayu didakwa membuat pengubahsuaian data bagi 30 akaun pelanggan dengan menukar akaun jenis regular kepada akaun korporat tanpa kebenaran dalam sistem pengurusan pelanggan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Menara Icon, Jalan Tun Razak.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 5 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5 (4) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Nora Idayu mengaku tidak bersalah bagi 30 pertuduhan itu.

Rentetan kejadian itu, mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan bagi membolehkannya mendapatkan rawatan sewajarnya.

Hakim turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN