Lelaki Rohingya tidak mengaku rasuah polis RM150

Lelaki Rohingya tidak mengaku rasuah polis RM150

HAMID Husson Abul Husson (tengah) diiring keluar selepas berdepan dakwaan merasuah seorang anggota polis sebanyak RM150 di Mahkamah Sesyen Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki etnik Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merasuah seorang anggota polis, kelmarin. 

Tertuduh, Hamid Husson Abul Husson, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Rohingya.

Menurut pertuduhan, Hamid Husson didakwa merasuah seorang anggota polis berpangkat koperal sebanyak RM150 supaya tidak mengambil tindakan ke atas dirinya yang menunggang motosikal tanpa lesen selain cukai jalan kenderaan tamat tempoh dan tanpa insurans.  

Hamid Husson yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) didakwa melakukan kesalahan itu pada 4.45 petang di Jalan Kampung Kubang Menerong, Padang Sera, Kodiang di Kubang Pasu pada 25 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Zulfadli Azharudin di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama. 

Hakim kemudian menetapkan tertuduh dijamin sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin warga tempatan sehingga kes disebut semula pada 25 Jun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN