MELAKA: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan membabitkan dua pelajar sekolah menengah, Selasa lalu. Tertuduh, Ozey Binau, 25, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Khairunnisak Hassni. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pemandu kereta bernombor pendaftaran MBY 4607 didapati kadar kandungan alkohol dalam badan sebanyak 127 miligram (mg) per 100 mililiter (ml)…